Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jumlah mangsa banjir di K'tan menurun pagi ini

Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus menurun kepada 2,298 orang pada 8 pagi ini berbanding 2,589 orang pada 8 malam tadi.

Kesemua mangsa banjir yang membabitkan 823 keluarga itu ditempatkan di 14 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga jajahan iaitu Pasir Mas, Tumpat dan Pasir Puteh.

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas masih merekodkan jumlah tertinggi dengan 1,382 mangsa daripada 535 keluarga yang ditempatkan di lapan PPS, diikuti Tumpat dengan 892 mangsa (283 keluarga) di lima PPS dan 24 mangsa (lima keluarga) di sebuah PPS di Pasir Puteh.

Portal eBanjir Kelantan, ebanjir.kelantan.gov.my melaporkan paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang turun kepada 9.29 meter pada 7 pagi ini berbanding 9.66 meter pada 8 malam tadi. Paras bahaya ialah sembilan meter.

Portal sama turut melaporkan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan dan cuaca pagi ini cerah. -Bernama

Lihat Komen
ADS