Malaysiakini BERITA

Israel lancar serangan peluru berpandu ke atas tentera Syria

Bernama  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

GLOBAL I Israel melancarkan serangan peluru berpandu ke atas pangkalan tentera Syria di bahagian pedalaman ibu kota Damsyik pada malam Isnin, lapor agensi berita China Xinhua.

Angkatan pertahanan udara Syria membalas serangan dengan memusnahkan tiga daripada enam peluru berpandu, yang menyasarkan pangkalan tentera di bandar Jamraya, kira-kira lapan kilometer di barat laut Damsyik, memetik agensi berita SANA.

Pusat penyelidikan ketenteraan di Jamraya itu, pernah diserang jet pejuang Israel pada 5 Mei 2013. -Bernama