Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Gabungkan penyokong muda formula Mahathir-Anwar'
Diterbitkan:  Dec 5, 2017 1:30 PM
Dikemaskini: 5:41 AM

Meskipun Pakatan Harapan (HARAPAN) mencadangkan kepimpinan kombinasi Mahathir-Anwar bagi pilihan raya umum (PRU) akan datang, ada beberapa variasi kombinasi lain bagi formula itu.

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Saifuddin Abdullah melalui akaun facebooknya hari ini berkata, terdapat dua kumpulan anak muda yang masing-masing menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menggabungkan kedua-dua (golongan anak muda) untuk (menghasilkan) kombinasi Mahathir-Anwar adalah mustahak. Kombinasi itu juga mustahak untuk mendapatkan sokongan wanita.

“Kedua-dua ini - anak muda dan wanita – yang menularkan gambar Tun M dan Anwar di mahkamah, dan gambar Tun Siti Hasmah dan Wan Azizah perlu direnung dengan mendalam.

“Mahathir juga mustahak dalam meyakinkan pengundi Melayu luar bandar dan ahli/penyokong UMNO utk mengundi HARAPAN,” kata Saifuddin

Saifuddin dalam kenyataan itu turut tidak menolak calon lain yang lebih muda dalam mengekalkan kombinasi Mahathir-Anwar.

“Bagaimana dengan calon lain - iaitu yang lebih muda, tapi tetap mengekalkan kombinasi Mahathir-Anwar? Ini boleh dibincang,” katanya.

Ketika dihubungi, Saifuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berkata ia adalah pendapat peribadinya.

Dipercayai, Saifuddin merujuk berkenaan cadangan kepimpinan HARAPAN baru-baru ini dengan Mahathir dinamakan sebagai calon perdana menteri dan Wan Azizah sebagai timbalan perdana menteri.

Cadangan itu dibincangkan ketika mesyuarat kepimpinan HARAPAN baru-baru ini.

Menurut biro politik PKR Datuk Johari Abdul, cadangan itu masih memerlukan kebenaran Anwar.

Anwar kini menjalani hukuman penjara. Cadangan itu dipercayai bakal menjadi agenda utama dalam mesyuarat pimpinan PKR minggu ini.

Beberapa penganalisis politik percaya, HARAPAN menamakan Mahathir sebagai calon perdana menteri bagi menarik pengundi Melayu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS