Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Harga petrol turun 1sen, diesel 4sen
Diterbitkan:  Dec 6, 2017 6:08 PM
Dikemaskini: 10:10 AM

Harga petrol RON95 dan RON97 turun 1sen dan akan dijual dengan harga masing-masing RM2.29 dan RM2.57 seliter untuk minggu mendatang.

Diesel pula turun 4sen dan akan dijual dengan harga RM2.21 seliter.

Minggu lepas harga petrol kekal tidak berubah dan diesel pula naik 2sen.

Harga baru ini akan berkuat kuasa mulai jam 12.01 tengah malam ini.

Sistem harga minyak mingguan ditentukan berdasarkan harga minyak Mean of Platts Singapore (MOPS) dan kekuatan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

Lihat Komen
ADS