Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

PAU 2017 | Cadangan Pakatan Harapan untuk meletakkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya, disifatkan sebagai satu helah untuk mengaburi mata rakyat.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata strategi politik itu merupakan agenda DAP untuk menyembunyikan parti yang sebenarnya berkuasa dalam pakatan pembangkang.

“Anda boleh menipu beberapa orang pada satu-satu masa, tetapi anda tidak boleh menipu semua orang sepanjang masa.

“Selagi DAP parti yang lebih kuat daripada BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), Amanah (Parti Amanah Negara) dan PKR, DAP tidak memerintah, tetapi dia tetap menguasai,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan perwakilan Kelab Umno Luar Negara sempena Perhimpunan Agung Umno 2017 di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung laporan bahawa Pakatan Harapan bercadang meletakkan bekas perdana menteri dan presiden PKR itu sebagai pimpinan tertinggi negara, ketika pemukiman pakatan itu di Putrajaya, baru-baru ini.

Annuar berkata ketakutan utama DAP pada masa ini ialah apabila orang Melayu percaya bahawa parti itulah yang menerajui Pakatan Harapan sekali gus tidak memberikan sokongan kepada mereka pada pilihan raya umum akan datang.

 

-Bernama

Lihat Komen
ADS