Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nurul 'alu-alukan' Shahrizat bertanding lagi di Lembah Pantai

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar tidak kisah dengan dakwaan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang mendakwa dia "takut" untuk mempertahankan kerusi tersebut untuk penggal ketiga.

Sebaliknya, dia 'mengalu-alukan' Shahrizat untuk bertanding lagi di situ selepas dia menewaskan ketua Wanita Umno itu pada 2008.

“Saya alu-alukan Tan Sri Shahrizat, datanglah bertanding di Lembah Pantai.”

Nurul juga menegaskan pendiriannya bahawa sebagai ahli Parlimen Lembah Pantai, beliau akan mempertahankan kerusi itu kecuali PKR mahu beliau bertanding di tempat lain.

Shahrizat semalam mendakwa telah mendengar bahawa naib presiden PKR itu takut mempertahankan kerusi itu, dan mantan menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin akan menjadi calon yang lebih baik.

Dalam reaksinya, Nurul Izzah mempersoalkan mengapa, sekiranya Umno yakin dengan peluang mereka, Bukit Aman dipindahkan ke Lembah Pantai dalam proses persempadanan semula semasa.

Pengundi dari ibu pejabat polis persekutuan itu, yang berjumlah kira-kira 6,500 pada 2016, akan dipindahkan dari kawasan Parlimen Segambut ke Lembah Pantai jika pelaksanaan persempadanan semula itu dilaksanakan.

Langkah itu telah dikritik sebagai langkah mencuri Lembah Pantai, sebuah kerusi marginal yang dimenangi Nurul Izzah dengan menewaskan Raja Nong Chik dengan majoriti 1,847 undi pada 2013.

Nurul menang dengan majoriti yang lebih baik sebanyak 2,895 undi apabila berdepan dengan Shahrizat pada 2008.
[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS