Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib: Kita tak suruh 'mamak malabari' pulang Kerala
Diterbitkan:  Dec 7, 2017 12:02 PM
Dikemaskini: 5:36 AM

PAU2017 l Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang digelar “lanun Bugis” oleh Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi membidas bekas pemimpin nombor satu negara itu.

Najib dalam ucapannya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Umno di ibu negara hari ini malah menyindir kembali keturunan Mahathir daripada India.

“Betapa rendahnya akal budi yang sedemikian ini. Sedangkan Umno meraikan kepelbagaian etnik dan rumpun Melayu, waima, ‘mamak malabari’ dari Kerala pun kita sudah iktiraf masuk Melayu dan tidak pula kita suruh pulang,” katanya.

Menyifatkan serangan terhadapnya sebagai pelik, Najib berkata Mahathir masih terperangkap dalam kerangka pemikiran penjajah “sehingga sanggup mencerca etnik keturunan Bugis”.

Mahathir sebelum ini bagaimanapun menafikan menghina keturunan Bugis, sebaliknya hanya menujukan kepada Najib sahaja.

Lihat Komen
ADS