Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mesyuarat tergempar Majlis keselamatan PBB Jumaat
Diterbitkan:  Dec 7, 2017 12:22 PM
Dikemaskini: 4:26 AM

GLOBAL Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat tergempar pada hari Jumaat, untuk membincangkan tindakan kontroversi Presiden Amerika Syarikat,

Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel.
"Perancis, bersama dengan Bolivia, Mesir, Itali, Senegal, Sweden, United Kingdom dan Uruguay, meminta diadakan mesyuarat tergempar," kata wakil misi Perancis di PBB Aymeric Chuzeville menerusi twitter, lapor agensi berita Xinhua.

Beliau menerusi satu lagi status yang dimuat naik menerusi twitternya menulis, mesyuarat itu dijadual diadakan pada pagi Jumaat.

Perancis menentang kuat keputusan AS yang diumumkan Trump pada awal Rabu.

Kementerian Luar Perancis memetik Presiden Emmanuel Macron sebagai berkata, Paris menyokong penyelesaian dua negara yang menyeru rakyat Israel dan Palestin menjalani kehidupan yang selamat dan aman, dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu kota kedua-dua negara.

"Kita perlu menyelesaikannya menerusi pendekatan penenteraman dan dialog," kata Presiden Perancis.

- Bernama

Lihat Komen
ADS