Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Himpunan depan istana: Zaid Ibrahim lapor polis
Diterbitkan:  Dec 7, 2017 3:31 PM
Dikemaskini: 7:33 AM

Datuk Zaid Ibrahim membuat laporan polis terhadap Pengerusi Umno Selangor Tan Sri Noh Omar kerana mahu berhimpun mendesak tindakan padanya di depan istana Selangor di Shah Alam.

Bekas menteri undang-undang berkata tindakan itu adalah kesalahan bawah Seksyen 503 kanun keseksaan, berkaitan intimidasi jenayah.

Noh semalam berkata Umno Selangor akan mengadakan “himpunan rakyat" untuk menyatakan sokongan penuh kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Katanya, himpunan itu dirancang selepas Zaid, yang kini anggota DAP, mengguris perasaan rakyat Selangor dengan berkata "Sultan Selangor perlu berhati-hati dengan titah-titah beliau, tiada siapa yang kebal apabila negara terbakar".

Zaid berkata demikian selepas Sultan Selangor bertitah bahawa Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad akan “membakar seluruh negara dengan api kemarahannya”.

Dalam laporan polis yang dilihat Malaysiakini itu, Zaid juga menjelaskan maksud tweet kontroversi beliau itu.

"Saya ingin jelaskan pada Umno, maksud tweet tersebut konsep raja berperlembagaan beerti raja tidak boleh memihak dalam hal politik dan pentadbiran dengan mana-mana parti atau individu ini, lebih-lebih lagi dalam tahun pilihan raya," katanya.

Sultan Sharafuddin dalam temubual eksklusif dengan Utusan Malaysia bertitah Zaid sebagai biadab dan menggesanya pulang ke negeri asal di Kelantan jika tidak bersetuju dengan baginda.

Zaid, bekas peguam, menetap di Petaling Jaya dan bertanding di Hulu Selangor.

Lihat Komen
ADS