Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Penumpang tikam pemandu bas dipenjara 5 hari
Diterbitkan:  Dec 7, 2017 5:32 PM
Dikemaskini: 9:35 AM

PENUMPANG TIKAM PEMANDU BAS DIPENJARA LIMA HARI, DENDA RM3,000
KANGAR, 7 Dis (Bernama) --

 

 

Seorang peniaga dihukum penjara lima hari dan denda RM3,000 di Mahkamah Majistret di Kangar, selepas mengaku bersalah atas tuduhan mencederakan seorang pemandu bas ekspres bulan lepas.

Majistret Shamshol Azwa Martadza menjatuhi hukuman itu ke atas Kong Yeow How, 42, yang dituduh melakukan kesalahan itu di Stesen Bas Kangar pada 16 November lepas, pukul 11.02 pagi.

Kong dituduh menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Fakhri Yahya, 33, dengan menggunakan pisau, justeru dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Tertuduh berasal dari Pekan Sayur, Kaki Bukit dekat Kangar  juga berhadapan hukuman penjara lapan bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farhan Aliff Ahmad, manakala tertuduh diwakili peguam Asmaniza Abdullah.

- Bernama

Lihat Komen
ADS