Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mufti Perlis puji Najib tolak pengisytiharan Trump
Diterbitkan:  Dec 7, 2017 8:00 PM
Dikemaskini: 12:17 PM

Mufti Perlis memuji pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu pengiktirafan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel.

“Pendirian YAB Datuk Seri Najib dan PAU (Perhimpunan Agung Umno) menolak pengisytiharan (Donald) Trump bahawa Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel sesuatu yang wajar dipuji.

“Semoga Umat Islam seluruh dunia bersatu dalam isu-isu yang seperti itu,” kata Datuk Dr Asri Zainul Abidin.

Najib dalam ucapannya ketika merasmikan PAU pagi tadi berkata umat Islam tidak akan menerima pengiktirafan itu sampai bila-bila.

Beliau sebagai presiden Umno dan perdana menteri semua pihak bangun menzahirkan pendirian yang selantang-lantangnya bagi menolak usaha itu.

Sambil bertakbir beberapa kali, Najib juga berdoa supaya Allah memberikan perlindungan daripada kejahatan musuh, di samping menyatupadukan hati umat Islam.

“Ya Allah, Dikau goncangkan serta hancurkanlah perancangan mereka,” katanya sebelum bertakbir.

Menulis di Facebook, Asri berkata, langkah Trump itu benar-benar mencabar dunia Islam.

“ Masyarakat Muslim dalam dunia ini tidak boleh membisu khususnya Dunia Arab.

“Parti-parti politik orang Muslim di Malaysia juga harap bangun bersuara. Apapun tahniah Turki!” katanya.

Lihat Komen
ADS