Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Minta maaf sajalah Zaid, jangan panjangkan isu'

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa menasihatkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim supaya memohon maaf kepada sultan Selangor.

Menurutnya, Zaid sebagai orang Melayu seharusnya menghormati institusi raja-raja Melayu dan berjiwa besar setelah menerima teguran Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam.

“Saya nasihatkan Zaid supaya mohon maaf sahaja. Mohon keampunan sebab ada benarnya apa yang Sultan Selangor katakan. Berjiwa besarlah, kita orang Melayu kena hormat raja-raja,” katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Anggota parlimen Ketereh itu menambah, beliau sendiri pernah menghadapi situasi sama dan mengambil langkah sebagai rakyat iaitu memohon maaf kepada sultan Kelantan.

“Zaid kawan saya, ini nasihat dari seorang sahabat Zaid harus memohon maaf dan tidak lagi memanjangkan isu,” katanya.

Dr Mahathir dalam ucapan di perhimpunan Hapus Kleptoktasi anjuran Pakatan Harapan di Petaling Jaya pada Oktober lalu dilihat menyindir keturunan Bugis.

Bekas Perdana Menteri 22 tahun itu dilaporkan menggelar Datuk Seri Najib Razak dengan gelaran “lanun Bugis”, sebagai menyindir perdana menteri itu yang menggelar dirinya pahlawan Bugis. Kerabat diraja Selangor merupakan keturunan Bugis.

Ia disusuli kenyataan Sultan Selangor menggesa Dr Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) disiasat bawah akta hasutan.

Tiga hari lalu, Zaid dalam kiriman Twitter berkata Sultan Selangor “seharusnya lebih berhati-hati dengan titah-titahnya”.

“Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar,” kata Zaid.

Lihat Komen
ADS