Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Memo bantahan, demo di kedutaan Amerika hari ini
Diterbitkan:  Dec 8, 2017 2:55 PM
Dikemaskini: 8:11 AM

Pelbagai pihak menyatakan bantahan melalui pelbagai cara terhadap terhadap kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur hari ini.

Bantahan itu dibuat susulan negara kuasa besar dunia itu mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota baru Israel.

Sekurang-kurangnya 1,000 orang berkumpul di Jalan Tun Razak melibatkan dua kumpulan besar yang dipimpin oleh Pemuda Umno dan satu lagi PAS.

Pakatan Harapan tidak menyertai himpunan itu secara rasmi, bagaimanapun kelihatan beberapa pemimpin turut serta setelah menghantar memorandum bantahan sebelum sembahyang Jumaat hari ini.

Kumpulan lebih 50 NGO Islam diketuai Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) turut menyerahkan memorandum bantahan pagi tadi.

[Baca berita asal]

 
Lihat Komen
ADS