Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PAU2017I Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap parti itu akan berdepan dengan pertandingan lebih dua penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Senario sedemikian akan memisahkan undi pembangkang dan kebiasaannya akan memberi manfaat kepada parti pemerintah itu.

Bagaimanapun Zahid memberi amaran bahawa keadaan itu tidak semestinya menguntungkan Umno.

"Biarlah kita harap lebih dua penjuru, namun sesetengah kerusi kita harus pertimbang risiko kerana di sesetengah kawasan ia tidak akan menguntungkan kita," katanya dalam ucapan penggulungan naib presiden di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Justeru, beliau berkata parti itu harus menumpukan kepada pengukuhan dari dalam dan tidak bergantung semata-mata kepada faktor luaran.

Pilihan raya umum akan datang dijangka menyaksikan pertandingan pelbagai penjuru antara BN, Pakatan Harapan (HARAPAN) dan parti ketiga seperti PAS dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Lihat Komen
ADS