Mahkamah dengar merit cabar kesahihan akta SKMM
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen untuk tidak merujuk perkara perlembagaan dalam kes Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (SKMM) ke Mahkamah Tinggi.
Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak berkata hakim mahkamah sesyen terkhilaf dengan tidak membenarkan rujukan itu dan menetapkan 4 Januari tahun depan untuk mendengar merit permohonan.
Sekiranya permohonan itu dibenarkan, tertuduh, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah, dibenarkan untuk mencabar kesahihan Seksyen 233 Akta SKMM di Mahkamah Persekutuan, atas dasar bahawa ia terlalu luas dan bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin kebebasan bersuara.
Seksyen 233 melarang penggunaan internet untuk komunikasi “ termasuk menghantar apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.”

Sivarasa didakwa pada 15 April tahun lalu kerana menyiarkan halaman palsu majalah Time di akaun Facebooknya yang memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan kata-kata "No 2 dalam senarai paling korup" yang kemudiannya dimuat-turunkan pada hari sama selepas mengetahui bahawa ia adalah palsu.
Semasa penrbicaraan, peguam Sivarasa, Gurdial Singh Nijar memetik Seksyen 30 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, yang menyatakan bahawa mahkamah rendah "boleh" merujuk kes ke mahkamah tinggi jika masalah perlembagaan timbul dalam prosidingnya.

