Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

ULASAN l Di halaman satu akhbar Utusan Malaysia hari ini terpampang promo berita muka enam bertajuk “Pulang pingat: Bukti Dr Mahathir bongkak”.

Namun apabila kita membaca berita ini, kandungannya tidak ada sesiapa pun yang mengatakan demikian kecuali mengenai Sultan Selangor Sultan Sultan Sharafuddin Idris Shah akan megeluarkan kenyataan berhubung dengan pemulangan darjah kebesaran oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (lihat kenyataan baginda di bawah sekali).

Namun oleh kerana terpampang gambar Setiausaha Sulit Sultan Datuk Mohamad Munir Bani bersama berita itu dan tanpa catitan sesiapun yang berkata demikian maka persepsi pembaca kata-kata itu adalah dari Sultan Selangor kerana ini adalah merupakan berita dan bukannya suatu analisis.

Jelas menunjukan Utusan Malaysia cuba mengelirukan rakyat.

Ini adalah suatu perbuatan yang tidak beretika untuk cuba menyeret pihak istana khususnya Sultan Selangor dalam keadaan berkonfrantasi secara langsung dengan Dr Mahathir.

Utusan mahu memperalatkan sultan Selangor untuk kepentingan matlamat politik dengan mengunakan kewartawanan pada taraf yang paling rendah yang tidak cukup dengan tulisan dan berita yang ‘bias’ atau berat sebelah pada setiap hari.

Sekarang secara tidak langsung, mereka cuba pula meletakan kata pada mulut yang tidak bercakap.

Saya rasa adalah sewajarnya Utusan Malaysia memohon ampun dan maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana cuba mengheret baginda ke dalam krisis politik yang boleh memecah-belahkan rakyat.

Cukuplah bagi Umno mengheret istana ke dalam kancah politik untuk menutup kelemahannya sehingga rakyat merasakan jika Umno boleh berbuat demikian maka mengapa mereka tidak boleh.

Rakyat mesti terus mempertahankan kesucian perlembagaan dan kedaulatan Sultan dan Raja-Raja.

Orang ramai tentu menyangka kenyataan dari istana akan mempunyai unsur politik atas tindakan keras Dr Mahathir dan isteri tetapi nyatalah kehalusan dan keagungan peradaban istana tetap dipelihara oleh sultan Selangor dalam kenyataan bersih dan ringkas baginda.


TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN bekas menteri penerangan dan bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu.

Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang redaksi Malaysiakini.

 

Lihat Komen
ADS