Kit Siang: Gantung gambar mendiang Chan di pejabat Hisham
Terjemahan Kematian tragik seorang guru Chan Boon Heng tidak harus dibiarkan begitu sahaja, kata Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang.
Terjemahan Kematian tragik seorang guru Chan Boon Heng tidak harus dibiarkan begitu sahaja, kata Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang.
Sebaliknya, kata beliau, gambar mendiang Chan hendaklah digantaung di pejabat menteri pelajaran, timbalan menterinya, setiausaha parlimennya, ketua pengarahnya dan pengarah-pengarah pelajaran negeri.
Dengan cara itu, katanya, peristiwa yang menimpa Chan akan menjadi peringatan bahawa pengabaian bidang pendidikan bukan sahaja merencatkan kemajuan nasional, tetapi juga 'boleh membunuh'.
Lim berkata, mesti ada komitmen di pihak kerajaan untuk memastikan peristiwa malang itu tidak berulang lagi akibat keadaan bangunan sekolah yang sudah usang.
Ahad lalu, negara dikejutkan oleh kematian Chan, 42, selepas terjatuh selepas terjerlus daripada lantai SJK ) Keat Hwa di Alor Star Kedah yang reput dimakan anai-anai.
Bapa kepada dua orang anak itu, meninggal dunia akibat kecederaan dalaman selepas terjatuh setinggi 15 meter.
Peristiwa malang
Sementara itu, Lim berkata, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein perlu memberi jaminan bahawa semua bangunan sekolah adalah selamat.
"Kita tidak mahu seorang menteri pendidikan yang perlu melaat semua sekolah sebelum para guru dan pelajar benar-benar selamat, tetapi seorang menteri yang beliau memberi kepimpinan dan sistem bagi memastikan tiada sekolah di negara ini sama ada sekolah nasional, sekolah Cina atau Tamil menjadi perangkap maut," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Lim lagi, kematian Chan merupakan satu lagi 'peristiwa malang' dalam sejarah pembangunan pendidikan negara.
Menurutnya, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Chong Eng telah memberi notis untuk mengemukakan usul tergempar di Parlimen untuk membincangkan perkara itu Isnin ini.
Beliau berharap Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib akan meluluskan usul tersebut dan memberi peluang kepada Hishammuddin untuk melaporkan kepada ahli-ahli Parlimen mengenai tindakan segera yang diambil untuk mengatasi masalah tersebut.
Rabu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata, kerajaan telah menyediakan peruntukan untuk membaikpulih semua SJKC di negara ini.
Menurut laporan media, kira-kira 40 SJKC di seluruh negara perlu diperbaiki semula.

