Suspek mengebom Times Square dituduh laku keganasan
GLOBAL l Pendakwaraya AS pada telah memfailkan tuduhan menyokong pertubuhan pengganas asing terhadap suspek cubaan pengeboman bunuh diri di sebuah hab pengangkutan paling sibuk di bandaraya New York, Isnin lalu.
Ia difailkan terhadap Akayed Ullah, 27, seorang rakyat Bangladesh yang menganggap dirinya sebagai penyokong IS itu, difailkan di mahkamah daerah AS di Manhattan, dengan tuduhan mengebom tempat awam, kemusnahan harta benda dengan cara letupan dan penggunaan alat pemusnah.
"Ullah merancang untuk "membunuh seramai mungkin... sebagai menyokong tindakan pengganas," kata pemangku pendakwa AS, Joon Kim dalam satu sidang akhbar selepas memfailkan tuduhan itu.
Polis New York City telah mengatakan bahawa Ullah meletupkan bom paip di koridor sistem pengangkutan bawah tanah yang menghubungkan Times Square ke Terminal Bas Lembaga Pelabuhan pada waktu puncak pada pagi hari Isnin, mencederakan dirinya dan tiga yang lain.
Dia memberitahu polis selepas letupan itu, "Saya melakukannya untuk IS," demikian menurut dokuman mahkamah yang difailkan oleh pendakwaraya persekutuan.
Ullah memulakan proses radikal diri pada tahun 2014 apabila dia mula melihat bahan-bahan pro-IS dalam talian dan melakukan serangan kerana dia marah terhadap dasar AS di Timur Tengah, kata pendakwaraya.
Para pegawai New York semalam juga memfailkan tuduhan terhadap Ullah, ketika penyiasat di negara asalnya menyoalsiasat isterinya.
Ullah didakwa memiliki senjata, menyokong tindakan keganasan dan membuat ancaman keganasan di bawah undang-undang New York, kata Jabatan Polis New York City.
Tuduhan persekutuan membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup.
Para pegawai enggan mendedahkan keadaan Ullah di Hospital Bellevue lewat semalam. Dia mungkin dihadap ke mahkamah seawal hari ini atau mungkin dilakukan melalui sidang video dengan seorang hakim, kata jurucakap pejabat Peguam AS.
Pada pagi serangan itu, Ullah mencatatkan halaman Facebooknya, "Trump anda gagal melindungi negara anda."
Pasport Ullah, yang ditemui di rumahnya, mempunyai nota tulisan tangan, termasuk satu yang berbunyi, "O AMERICA, DIE IN YOUR RAGE." [Baca berita penuh]
Reuters

