Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jenazah 5 sekeluarga maut kemalangan dituntut keluarga

Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Segamat petang semalam dituntut oleh anggota keluarga di Hospital Segamat pada kira-kira 10.50 pagi ini.

Nizamuddin Dzulkarnain, 31, berkata jenazah adiknya Muhamad Abu Dujanah, 30; serta adik iparnya Zinnirah Abdul Hamid, 28; serta tiga anak mereka Nur Maghfirah, 6; Muhammad Abu Ajwad, 4, dan Nur Alia Humairah, tiga bulan akan dibawa ke rumah keluarga di Kampung Mengkibol, Kluang dekat Segamat.

Beliau berkata jenazah adiknya sekeluarga akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Haji Manan, Kluang selepas solat Zuhur hari ini.

"Saya memohon kepada semua agar mendoakan arwah dan keluarganya. Terima kasih kepada semua bagi bantuan diberikan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di hospital itu hari ini bagi menuntut jenazah adiknya yang merupakan anak kedua daripada 11 beradik.

Dalam kemalangan di Km176, Jalan Johor Bahru-Seremban di Segamat 6.30 petang semalam, seorang lagi anak mangsa Nur Ghaziyah Athirah, 3, kini dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Hospital Segamat.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS