Harga semua minyak turun
Diterbitkan: Dec 13, 2017 6:02 PM | Dikemas kini: Dec 13, 2017 6:14 PM
Harga petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 4sen dan 5sen akan dijual dengan harga RM2.25 dan RM2.52 seliter untuk minggu mendatang.
Diesel pula turun 1sen dan akan dijual dengan harga RM2.20 seliter.
Minggu lalu harga semua petrol turun 1sen dan diesel pula jatuh 4sen.
Harga baru ini akan berkuat kuasa mulai jam 12.01 tengah malam ini.
Sistem harga minyak mingguan ditentukan berdasarkan harga minyak Mean of Platts Singapore (MOPS) dan kekuatan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.