Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Russiagate: Trump Jr beri keterangan kepada jawatankuasa Senat
Diterbitkan:  Dec 14, 2017 10:07 AM
Dikemaskini: 3:47 AM

GLOBAL l Anak lelaki sulung Presiden AS Donald Trump bertemu dengan Jawatankuasa Risikan Senat pada hari Rabu sebagai sebahagian daripada siasatannya terhadap dakwaan penglibatan Rusia dalam pilihan raya AS 2016 dan sama ada wujud pakatan antara kempen pilihan raya bapanya dengan Moscow.

Donald Trump Jr tiba di bangunan pejabat Senat sejurus selepas pukul 10 pagi. Anggota polis cuba menghalang wartawan daripada menyaksikan ketibaannya, tetapi dia dikesan oleh pemberita ketika dia bergegas ke sebuah bilik yang digunakan oleh jawatankuasa itu untuk taklimat tertutup.

Dia memberi keterangan selama sembilan jam, kata seorang yang biasa dengan perkara itu.

Agensi risikan AS mengatakan bahawa selepas kemenangan Trump pada pilihan raya presiden November 2016, mereka telah menyimpulkan bahaw Rusia berusaha mempengaruhi kempen untuk meningkatkan peluang Trump mengalahkan bekas Setiausaha Negara Hillary Clinton, pencabarnya dari Demokrat.

Moscow telah menafikan sebarang aktiviti sedemikian, dan Trump turut menafikan dakwaan pakatan itu dan menyifatkan dakwaan itu sebagai satu usaha yang diketuai oleh pihak Demokrat yang kecewa dengan kemenangannya.

Jawatankuasa Senat menjalankan salah satu daripada penyiasatan utama kongres. Richard Burr, pengerusi panel itu, memberitahu pemberita pada hari Selasa yang dia menjangkakan siasatan itu akan berjalan sehingga 2018.

Peguam Khas Jabatan Kehakiman, Robert Mueller juga menyiasat perkara itu.

Trump Jr memberi keterangan kepada jawatankuasa kongres itu minggu lepas.

Ahli Parlimen berminat bercakap dengannya mengenai satu pertemuan dengan seorang peguam Rusia pada Jun 2016 di Menara Trump di New York di mana beliau berharap dapat memperoleh maklumat mengenai Clinton. [Baca berita penuh]

- Reuters

Lihat Komen
ADS