Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Permohonan MyDeposit 2018 dibuka mulai esok
Diterbitkan:  Dec 14, 2017 5:40 PM
Dikemaskini: 9:45 AM

Permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama atau MyDeposit bagi tahun depan akan dibuka mulai esok (15 Disember) hingga 15 Februarober 2018.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata orang ramai boleh membuat pendaftaran secara talian di https://sprn.kpkt.gov.my.

"Pada pembentangan Bajet 2018, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju meneruskan skim MyDeposit dengan peruntukkan sebanyak RM25 juta," katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Abidullah Salleh mengenai jumlah bantuan yang disalurkan melalui skim MyDeposit dan jumlah penerima setakat ini, pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Sejak dibuka dari 7 April 2016 hingga Oktober lepas, sejumlah 1,469 permohonan diluluskan dengan jumlah bayaran lebih RM39 juta.

Skim MyDeposit bertujuan membantu golongan pertengahan bagi pembelian rumah pertama menerusi projek perumahan swasta yang tidak mendapat sebarang subsidi.

- Bernama

 

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS