Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
IMAMS perlu pastikan kakitangan beragama Islam
Diterbitkan:  Dec 16, 2017 5:56 AM
Dikemaskini: 10:14 PM

Syarikat Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) perlu dengan serta-merta memastikan kakitangan syarikat tersebut hanya terdiri daripada individu yang beragama Islam.

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dalam satu kenyataan berkata keputusan tersebut diambil bagi melindungi kepentingan dan sensitiviti agama Islam.

“Susulan pelancarannya, pelbagai reaksi diterima oleh MOTAC terhadap inisiatif tersebut.

“Dalam hal ini, lembaga pengarah syarikat IMAMS adalah terdiri daripada warganegara Malaysia beragama Islam, manakala pemegang saham syarikat adalah daripada warganegara Malaysia beragama Islam dan syarikat-syarikat tempatan,” menurut kenyataan itu.

IMAMS yang dilancarkan semalam merupakan akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk diproses Kedutaan Arab Saudi di Malaysia.

Sementara itu, MOTAC juga menyeru orang ramai agar sentiasa berhati-hati sebelum mempercayai sebarang khabar angin yang tidak berasas mengenai IMAMS.

“Mereka juga perlu tahu hak-hak sebagai pengguna untuk tidak membayar lebih daripada kadar yang ditetapkan sebanyak RM90.10,” katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS