Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Protes: Tentera Israel bunuh 4 rakyat Palestin
Diterbitkan:  Dec 16, 2017 10:04 AM
Dikemaskini: 2:49 AM

GLOBAL Tentera Israel menembak mati empat rakyat Palestin dan mencederakan 150 yang lain pada hari Jumaat, kata pegawai perubatan, ketika bantahan terhadap tindakan Presiden Amerika Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel, masuk minggu kedua.

Kebanyakan mangsa adalah di sempadan Semenanjung Gaza, di mana beribu-ribu rakyat Palestin berkumpul untuk melontarkan batu ke arah tentera Israel di luar pagar kubu. Pasukan perubatan berkata dua penunjuk perasaan, salah seorang daripadanya menggunakan kerusi roda, terbunuh dan 150 cedera.

Di Tebing Barat yang diduduki, pihak perubataan berkata dua orang penunjuk perasaan terbunuh dan 10 cedera ditembak tentera Israel.

Salah seorang yang terbunuh adalah lelaki yang menurut polis Israel, ditembak selepas dia menikam seorang anggota unit mereka. Saksi-saksi Reuters berkata lelaki Palestin itu memegang pisau dan memakai apa yang kelihatan seperti tali pinggang bom. Seorang pegawai perubatan Palestin yang membantu membawa keluar lelaki itu untuk rawatan berkata ia adalah tali pinggang bom palsu.

Rakyat Palestin - dan dunia Arab dan Islam yang lebih luas - beraang dengan pengumuman Trump pada 6 Disember, yang mengubah dasar AS selama ini mengenai Baitulmuqaddis - sebuah bandar yang dituntut oleh kedua-dua Israel dan Palestin.

Sekutu Eropah Washington dan Rusia juga turut menyuarakan kebimbangan mereka mengenai keputusan Trump itu.

Hamas yang merupakan kuasa dominan di Gaza, yang menolak kewujudan bersama dengan Israel, minggu lalu menggesa kebangkitan pemberontakan baru Palestin, tetapi kebangkitan itu masih belum dilihat di Tebing Barat atau Baitulmuqaddis Timur.

Hampir setiap malam roket Gaza dilancarkan ke Israel, dan setakat ini tidak ada sebarang kecederaan. Israel telah bertindak balas dengan melancarkan serangan udara ke atas kedudukan Hamas, satu daripadanya membunuh dua lelaki bersenjata.

Tentera Israel berkata, pada hari Jumaat, kira-kira 3,500 rakyat Palestin menunjukkan perasaan berhampiran pagar sempadan Gaza.

"Semasa rusuhan ganas, anggota IDF (Pasukan Pertahanan Israel) melancarkan secara terpilih ke arah pendorong utamanya," kata tentera dalam satu kenyataan.

Jurucakap tentera tidak mempunyai komen segera mengenai penunjuk perasaan yang berkerusi roda itu, Ibrahim Abu Thuraya. Abu Thuraya, 29, sering menyertai di demonstrasi seperti itu. Dalam temu bual media, beliau berkata beliau telah kehilangan kedua-dua kakinya dalam serangan peluru brpandu Israel ke atas Gaza pada 2008.

Di Tebing Barat, tentera Israel berkata, kira-kira 2,500 rakyat Palestin menyertai rusuhan, melontar tayar yang dibakar dan membaling bom api dan batu ke atas tentera dan polis sempadan.

Israel menawan Baitulmuqaddis Timur, kawasan yang dipenuhi dengan tempat-tempat suci Yahudi, Muslim dan Kristian, dari Jordan dalam perang tahun 1967 dan kemudian menakluknya - satu tindakan yang tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Rakyat Palestin berharap sebahagian daripada bandaraya itu akan menjadi ibu negara kepada sebuah negara bebas pada masa depan dan pemimpin Palestin berkata langkah Trump itu merupakan satu tamparan yang serius kepada proses perdamaian.

Israel mengalu-alukan pengumuman Trump sebagai pengiktirafan realiti politik dan akar umbi Yahudi di Baitulmuqaddis. Naib Presiden AS, Mike Pence dijadual melawat Israel, serta Mesir, minggu depan.[Baca berita penuh]

- Reuters

Lihat Komen
ADS