Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
JAIS tahan dua pegawai SPRM
Diterbitkan:  Dec 16, 2017 11:23 AM
Dikemaskini: 8:28 AM

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) awal pagi tadi kerana disyaki berkhalwat.

Suspek lelaki terbabit merupakan pengarah di salah sebuah bahagian di ibu Pejabat SPRM Putrajaya, manakala pasangannya - seorang ibu tunggal - juga merupakan seorang pegawai SPRM.

Sumber memberitahu Malaysiakini kedua-dua mereka ditahan di sebuah kondomininium di Taman Equine, Seri Kembangan kira-kira jam 3 pagi.

Sementara itu sumber JAIS mengesahkan penahanan itu namun mengatakan kes itu masih dalam siasatan.

Difahamkan, pegawai daripada jabatan agama itu akan mengambil kenyataan daripada kedua-dua suspek pada petang ini. 

Kedua-dua mereka juga dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1,500 dengan setiap seorang penjamin.

 

Lihat Komen
ADS