Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib tidak setuju sistem umrah IMAMS
Diterbitkan:  Dec 16, 2017 7:14 PM
Dikemaskini: 12:28 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak bersetuju dengan pelaksanaan Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) dalam menguruskan visa umrah.

Sistem yang diumumkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu semalam dibatalkan hari ini.

“Saya tidak bersetuju sistem IMAMS dikenakan untuk urusan visa umrah. Pengumuman ianya dibatalkan sangat tepat,” kata Najib melalui akaun Twitter.

 

 

 

 

 

IMAMS sebelum ini diwajibkan dalam proses permohonan visa umrah dan akan dilaksanakan ke atas semua 65 agensi pelancongan yang menguruskan umrah di Malaysia.

Sistem itu sebelum ini diperkenalkan bagi membanteras penipuan pakej umrah.

Penggunaan sistem IMAMS akan mengenakan bayaran keseluruhan RM90.10 yang merangkumi RM45 bayaran setiap jemaah, RM40 insurans dan RM5.10 GST.

Selepas pelancarannya semalam, pelbagai pihak membuat aduan berkenaan salah seorang pegawai eksekutif atasannya adalah bukan Muslim.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini dalam sidang medianya berkata beliau tidak tahu tentang perkara itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS