Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Wanita Saudi juga dibenar bawa motosikal, trak
Diterbitkan:  Dec 17, 2017 10:22 AM
Dikemaskini: 2:27 AM

GLOBAL l Golongan wanita Arab Saudi bakal dibenarkan memandu trak dan motosikal pula, berdasarkan pengumuman yang dibuat Lembaga Pengarah Trafik Umum Arab Saudi.

Ia selepas tiga bulan pemerintah negara itu membuat pengumuman bersejarah dengan menamatkan larangan memandu wanita bagi wanita, tiga bulan lalu.

"Ya, kami akan memberi kebenaran kepada wanita untuk membawa motosikal dan juga trak," kata badan itu dalam satu kenyataan Jumaat lalu, seperti dilapor AFP.

Badan itu berkata, perintah diraja menetapkan peraturan undang-undang setara untuk lelaki dan wanita.

Ia termasuk tiada nombor pendaftaran khas bagi kenderaan yang dipandu wanita, kata badan itu lagi.

Namun, kata badan itu, sebuah pusat khas - yang ditadbir wanita - akan ditubuhkan bagi mengendalikan kes kemalangan atau pelanggaran undang-undang jalan raya oleh golongan itu.

Negara itu telah dikritik secara meluas sebelum ini kerana menjadi satu-satunya negara di dunia yang mengharamkan wanita daripada memandu.

Namun pada September lalu, Raja Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud mengeluarkan arahan agar wanita dibenarkan memandu kereta bermula Jun 2018.

Hak untuk memandu merupakan antara isu yang diperjuangkan aktivis wanita negara itu sejak sekian lama, termasuk mengadakan himpunan dan menyiarkan video diri mereka memandu di media sosial.

Bantahan itu menyebabkan sebahagiannya dikenakan tindakan undang-undang, termasuk dipenjara.

Lihat Komen
ADS