Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Pampasan tidak dibayar, bekas penoreh getah minta bantuan PM

Kira-kira 70 bekas penoreh getah dari Padang Meha, Kedah berkumpul di luar bangunan Pejabat Perdana Menteri hari ini bagi meminta pertolongan berhubung bayaran penghakiman mahkamahyang belum diterima.

Kumpulan itu yang kebanyakannya terdiri daripada wanita Melayu dan warga tua India berkumpul selama hampir enam jam sebelum mendapat jaminan campur tangan daripada pegawai kerajaan.

Penoreh getah berkenaan merupakan antara 207 plaintif yang berjaya menyaman syarikat perladangan yang telah memecat mereka pada 1995.

Meskipun syarikat berkenaan telah bankrap pada 2005, Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 2011 memutuskan agar syarikat itu memberi pampasan sebanyak RM22,500 kepada setiap plaintif.

Menurut anggota pusat jawatankuasa PSM Choo Choon Kai yang turut hadir menemani kumpulan berkenaan ke Pejabat Perdana Menteri, syarikat perladangan itu telah menjual tanah kepada pemaju hartanah pada 1995 yang kemudian memecat pekerjanya tanpa pampasan.

“Apabila pemaju berkenaan bankrap, mereka menuntut pampasan daripada pencair aset syarikat itu. Namun, permohonan mereka tidak dihiraukan oleh pencair aset syarikat berkenaan,” katanya kepada Malaysiakini.

Seorang pegawai tinggi Kementerian Sumber Tenaga Manusia berjanji mengadakan mesyuarat antara kumpulan berkenaan dan pihak berkaitan, kata Choo sebelum kumpulan berkenaan bersurai pada 4 petang.

Mesyuarat itu dijadual diadakan pada 8 Januari di Kulim, Kedah.

Lihat Komen
ADS