Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
300 guru berhimpun, mahkamah lepaskan Cikgu Azizan
Diterbitkan:  Dec 19, 2017 10:21 AM
Dikemaskini: 4:16 AM

Mahkamah Majistret Seremban hari ini melepas tanpa membebaskan Azizan Manap, 44, atau Cikgu Azizan daripada pertuduhan mencederakan muridnya, pada Oktober lalu.

Majisteret Mohd Zaki Abdul Rahman memutuskan demikian selepas Jabatan Peguam Negara mengarahkan kes terbabit ditarik balik, lapor Utusan Online.

Azizan yang hadir berbaju kemaja lengan panjang warna biru, kelihatan sebak sebaik keputusan dibacakan.

Peguam tertuduh, Francis Pereira, berkata Azizan dilepaskan kerana pihak pendakwaan memberitahu mahkamah membuat keputusan berdasarkan perkembangan baru yang dibuat oleh Jabatan Peguam Negara.

Sementara itu, Harian Metro melaporkan dianggarkan 300 orang terdiri daripada guru, ibu bapa, penduduk setempat, ahli Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menghadiri perbicaraan itu.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sekolah Rendah Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan itu, menghadapi perbicaraan pertama atas dakwaan mendatangkan kecederaan terhadap seorang muridnya.

Dia ditahan selepas dikatakan menampar seorang pelajar yang didakwa melakukan kesalahan disiplin berat dan berulang, antaranya, menghidu gam, bergaduh, ponteng kelas dan membuli pelajar lain di sekolah.

Lihat Komen
ADS