mk-logo
Berita
MET Malaysia pantau rapi ribut tropika Kai-tak
Diterbitkan:  Dec 19, 2017 4:25 PM
Dikemaskini: 8:30 AM

Jabatan Metereologi Malaysia (MET Malaysia) memantau rapi pergerakan taufan Ribut Tropika Kai-tak yang pada minggu lalu dikesan berada pada jarak 1,184 kilometer (km) di timur laut Sandakan.

Ketua pengarah Jabatan Metereologi Malaysia, Alui Bahari berkata kemungkinan itu masih belum dapat dipastikan memandangkan pergerakan taufan sentiasa berubah-ubah.

"Kemungkinan ini masih dipantau rapi oleh jabatan metereologi memandangkan pergerakan dan intensiti taufan tropika sentiasa berubah-ubah berdasarkan ketidaktentuan corak atmosfera dari semasa ke semasa terutamanya bagi ramalan lebih tiga hari," kata Alui dalam suatu kenyataan yang dikeluarkan hari ini susulan tular mengenai ribut tropika Kai-tak akan melanda pantai timur Semenanjung dan taufan akan melanda negeri Sabah pada lewat minggu ini

"MET Malaysia juga ingin menjelaskan sistem bertekanan rendah yang kini berada di Laut Pasifik Barat dan dikatakan akan melanda sabah pada 22 hingga 24 disember ini sebenarnya belum lagi mencapai status taufan.

Aplikasi mobil MyCuaca

"MET Malaysia sentiasa mengemaskini maklumat mengenai siklon tropika yang berada berhampiran rantau negara termasuklah ribut tropika kai-tak setiap tiga jam di laman web dan aplikasi mobil MyCuaca," kata kenyataan itu.

Alui Bahari berkata MET Malaysia akan mengeluarkan amaran awalsekiranya suatu siklon tropika boleh memberikan kesan signifikan kepada negara seperti hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora.

"Ikuti ramalan cuaca MET Malaysia dan patuhi arahan pihak berkuasa.

"Amaran cuaca buruk yang berkuatkuasa ialah di utara dan barat Sabah serta utara Sarawak dimana hujan lebat dijangka berterusan di kawasan tersebut sehingga 20 Disember.

"Sekiranya amaran cuaca dikeluarkan penduduk di kawasan berkenaan perlu berwaspada bagi menghadapi impak hujan lebat dan angin kencang," katanya.

Lihat Komen
ADS