Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MB Perlis saran rakyat berkebun, kurangkan belanja harian

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man menyarankan rakyat untuk berkebun dan menanam sayur di kawasan rumah untuk mengurangkan perbelanjaan harian.

Beliau berkata cili, sawi, kubis, kangkung, serai merupakan antara tanaman komersial yang hasilnya boleh dituai dalam jangka masa pendek dan mudah diuruskan.

“Perkara ini (berkebun) belum menjadi kebiasaan dalam kalangan rakyat di negeri ini walaupun kerajaan sering cakap mengenai pentingnya pertanian.

“Jika rakyat mula bercucuk tanam dan peroleh hasil, secara tak langsung dapat kurangkan perbelanjaan harian, selain itu boleh jual secara kecil-kecilan dan tambah pendapatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Pertanian Bandar di Kangar, hari ini.

Katanya, rakyat juga harus mengambil iktibar serta mencontohi penduduk di negara jiran yang banyak mengusahakan bidang pertanian secara moden dan mampu menghasilkan produk berkualiti tinggi.

 

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS