Paling Popular
Terkini

Peta Malaysia mungkin perlu disemak semula berikutan penemuan baru tentang wilayah perairan negara ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beberapa perkara mungkin perlu di bawa kepada Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi mendapatkan lampu hijau daripada badan dunia itu untuk dimasukkan ke dalam peta negara ini.

“Kerajaan akan pertahankan apa yang menjadi milik negara di badan dunia itu jika perlu berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu di Jabatan Ukur dan Pemetaan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau memberi contoh tentang dokumen dan peta yang dijangka dikemukakan kepada PBB tahun depan berkaitan pelantar benua di perairan Sabah dan Sarawak.

Terdahulu, dalam ucapannya, Wan Junaidi berkata kali terakhir Malaysia mengemas kini petanya ialah 38 tahun lepas.

Kata beliau, tindakan itu merupakan episod penting dalam sejarah Malaysia apabila negara ini menuntut kawasan seluas 556,285km persegi sebagai wilayah perairannya. -Bernama

Lihat Komen
ADS