Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dakwaan dalam kertas kajian dasar terbitan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) bahawa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dominan kepada ekonomi negara dan Bumiputera disangkal sama sekali Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

Sebaliknya, Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Ahmad Yazid Othman mempertahankan GLC dengan mengatakan ia telah berperanan penting malah patut ditambah lagi peranannya dalam membantu memastikan agenda kerajaan terlaksana.

“Kami tak bersetuju (dakwaan Ideas) dan saya rasa GLC mainkan peranan dan sepatutnya di tambah lagi peranannya bagi memberi kesan dalam membentuk sebuah ekonomi yang lebih berdaya saing bagi semua pihak dan bukan orang tertentu saja,” kata Ahmad Yazid.

Ahmad Yazid berkata demikian dalam sidang medianya sempena mesyuarat agungnya ke-5 di kompeks MAGic, Cyberjaya hari ini.

Bina keupayaan Bumiputera

Terdahulu Ideas mendakwa GLC terlalu dominan dalam ekonomi Malaysia dan ia sekali gus tidak baik untuk ekonomi negara dan Bumiputera.

Mengulas lanjut, Ahmad Yazid menegaskan GLC telah memainkan peranan penting mereka.

“GLC memainankan peranan yang penting untuk mengimbangi daripada free market kapitalisme yang biasanya berteraskan keuntungan golongan korporat.

“Jadi, GLC ini seolah memainkan peranan dalam menghubungkan agenda sosial dan juga agenda ekonomi serta memastikan alat-alat oleh pihak kerajaan untuk memastikan tanggungjawab mereka dapat dilaksanakan dari segi meningkatkan aktiviti ekonomi, dari segi membina keupayaan Bumiputera, dari segi membina kapasiti,” kata Ahmad Yazid.


 

Lihat Komen
ADS