Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

Selebriti Azwan Ali hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya bagi menyerahkan dokumen yang didakwa membuktikan amalan rasuah dan kemewahan melampau abangnya Datuk Seri Azmin.

Bercakap kepada pemberita, beliau bagaimanapun enggan menamakan abangnya yang juga menteri besar Selangor secara khusus.

Bagaimanapun, di Instagram, Azwan bertindak sebaliknya dengan merujuk dokumen berkenaan berkaitan abangnya serta “konco-konconya”.

"Saya bawa banyak bukti. Tapi saya bocorkan sikit.

"Saya hadir (ke SPRM) untuk kes salah laku rasuah dan kemewahan melampau. Siapa (pemimpin itu)? Tiada komen.

"Saya serahkan dokumen yang relevan dan bukti yang sangat kukuh," katanya yang turut mendakwa telah menyimpan bukti berkenaan sejak beliau mula menjadi artis.

 

" SESUNGGUH NYA MAKAN HASIL RIBA ITU DI LAKNAT ALLAH SWT "

A post shared by DIVAAANO1 (@divaaano1) on

Dokumen-dokumen itu disampaikan Azwan yang turut dikenali sebagai Diva AA dalam satu sampul surat besar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berjumpa dengan Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki.

Sementara itu, Azwan berkata, beliau bertemu dengan Azam selama kira-kira 10 minit bagi menyerahkan bukti berkenaan.

Selepas ugutan Azwan untuk "menjahanamkan" sebelum ini, Azmin pada 7 Disember lalu berkata beliau tidak akan mempedulikan semua ini.

Azmin berkata, beliau berada dalam perjuangan “bukan kerana bicara soal keluarga”, tetapi rakyat dan negara.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS