Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Khidmat Arul Kanda dengan 1MDB dilanjutkan
Diterbitkan:  Dec 21, 2017 11:15 AM
Dikemaskini: 3:19 AM

Jawatan Arul Kanda Kandasamy sebagai presiden dan ketua eksekutif 1MDB akan dilanjutkan, demikian satu sumber mengesahkannya.

Sumber itu mengesahkan bahawa rundingan untuk melanjutkan tempoh perkhidmatannya telah dimuktamadkan. Sumber itu, bagaimanapun, tidak dapat mengesahkan tempoh lanjutan itu.

Tempoh jawatan Arul Kanda sepatutnya berakhir pada 31 Disember 2017 selepas beliau dilantik pada Januari 2015 untuk membantu dana pelaburan negara itu.

Beliau merupakan naib presiden eksekutif dan ketua perbankan pelaburan di Abu Dhabi Commercial Bank sebelum dia mengambil alih tugas sebagai presiden dan ketua eksekutif 1MDB.

Arul Kanda adalah lulusan ijazah undang-undang pada tahun 1998 dari London School of Economics and Political Science dan mendapat ijazah sarjana dari University College London dua tahun kemudian.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS