GLOBAL l Polis Indonesia mahu rakyat republik itu supaya bersikap toleransi dan menghormati perayaan keagamaan masyarakat lain orang susulan tindakan kumpulan Islam yang mengancam untuk menyerbu pejabat dan pusat perniagaan untuk memeriksa sama ada umat Islam dipaksa memakai topi Santa Claus atau pakaian seumpamanya.

Front Pembela Islam (FPI) yang berhaluan kiri berkata minggu ini, mereka akan menjalankan "operasi besar-besaran" di negara majoriti Muslim terbesar di dunia itu untuk memastikan tidak ada umat Islam dipaksa memakai pakaian Krismas yang melanggar hak asasi mereka.

Selain Islam, terdapat juga minoriti rakyat Indonesia yang beragama Kristian, Hindu, Budha dan mereka yang mengikuti kepercayaan tradisional.

Perlembagaan republik itu menjamin kebebasan beragama dalam negara sekular berkenaan walaupun ketegangan di antara pengikut agama yang berbeza boleh mencetuskan keadaan yang tidak dingini.

"Tidak boleh ada operasi besar-besaran ... masyarakat harus menghormati agama lain yang sedang meraikan perayaan mereka," kata ketua polisan nasional ,Tito Karnavian memberitahu anggotanya semasa satu latihan keselamatan di ibukota Jakarta.

Menurut FPI, mereka bercadang menguatkuasakan fatwa, atau perintah, yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Indonesia pada tahun 2016 yang melarang pemilik perniagaan memaksa pekerja berpakaian Krismas.

"Kami akan serbu pusat perniagaan yang keras kepala mengenainya dan kami akan disertai dengan polis," kata Novel Bakmukmin, ketua FPI Jakarta.

Majikan yang memaksa pekerja memakai pakaian Krismas, katanya, melanggar hak mereka.

"Mereka harus sedari bahawa mereka tidak boleh memaksa," katanya.

Fatwa Majlis Ulama Islam lazimnya tidak mengikat tetapi berfungsi sebagai garis panduan bagi umat Islam di Indonesia.

Krismas disambut secara meluas di seluruh Indonesia dan hiasan dipasang di merata-rata tempat, terutamanya di kedai-kedai, restoran dan pusat membeli-belah di mana sebahagian besar pekerja - walaupun beragama Islam -berpakaian Santa atau elf.

FPI mempunyai reputasi dengan menyerang restoran dan bar yang menghidangkan alkohol semasa Ramadan.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, sasarannya adalah perayaan Kristian.

Kumpulan itu juga berkata, mereka mahu kerajaan kota Jakarta berhenti menaja perayaan Tahun Baru, yang menarik ribuan orang dan pelancong.