Imam dari Myanmar cabul kanak-kanak di surau
Seorang imam sebuah surau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu, semalam atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun kira-kira dua minggu lalu.
Tertuduh, Nory Kai, 28, yang juga lelaki warga Myanmar mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan dalam Bahasa Melayu di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Tuan Ruzuaini Tuan Lah.
Dia didakwa dengan sengaja menyentuh kemaluan dengan mencium pipi kanan, kiri dan mulut mangsa berusia lapan tahun sebulan antara jam 7 malam hingga 7.30 malam di Musalla Al-Barakah Wakaf Stan, Kota Bharu pada 11 Disember lalu, lapor Utusan Malaysia.
Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sementara itu, Tuan Ruzuaini kemudian menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes selain untuk melantik seorang jurubahasa berbahasa Myanmar.
Tertuduh yang memakai baju lokap berwarna ungu kelihatan tenang sepanjang prosiding tersebut.
Difahamkan, tertutup yang juga pelajar di sekolah pondok di negeri ini dilantik menjadi imam di surau tersebut beberapa bulan lalu.

