Paling Popular
Terkini

Manik-manik peluh keluar dari dahi Linda Iskandar. Di tengah keramaian sambutan Krismas di pusat membeli-belah, dia memimpin dua anaknya yang memakai kameja biru sepadan - masing-masing berumur 12 dan enam tahun.

Linda berjalan kaki dari rumahnya, kira-kira 10 minit. Dia menganggap dirinya bertuah kerana rumah baru itu hanya dalam jarak berjalan kaki dari tempat kerja dan sekolah anaknya. Tetapi kehidupan di bandar, segala-galanya tidak murah.

Pada Ogos tahun lepas, Linda dan dua anak lelakinya meninggalkan rumah mereka.

Rakannya, yang pernah memohon pertolongan di tempat perlindungan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), membantunya memanggil teksi.

Linda hanya sempat membawa dua buah beg, RM15 dan beberapa keping roti untuk untuk bekalan mereka sepanjang malam.

Dia meninggalkan komputer, tablet, telefon bimbit yang telah pecah, dan siri novel-novel sains fiksyen kegemarannya.

Sejak itu Linda tidak pulang ke rumah. Rakannya memberitahu tiada barang bernilai masih tinggal di dalam rumah setelah pemungut hutang datang ke rumahnya.

Mereka mengambil segala-galanya untuk dijual dan hanya pasport lama yang ditinggalkan.

"Saya tak tahan lagi," katanya.

"Saya tiada makanan di rumah. Saya bekerja pada masa itu, tetapi saya terpaksa berhenti kerja.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku, orang datang ke rumah saya. Mereka mahu wang dari saya, dan mengatakan dia (suaminya) meminjam sesuatu daripada mereka. Mereka mengancam untuk mengambil anak-anak saya. "

Linda, 45, menumpang teduh di WAO selama dua setengah bulan.

Sewaktu berada di sana, beliau menyertai bengkel penulisan kreatif yang dijalankan oleh penulis, Bernice Chauly.

Kini Linda mewakili mangsa-mangsa keganasan rumah tangga dan pada pelancaran buku "Tina's Journey," baru-baru ini, dia tampil membaca puisi pada acara itu.

"Saya tak takut bercakap. Kebanyakan wanita malu. Mereka masih malu apa yang berlaku kepada mereka.

"Tetapi perkara ini perlu disuarakan. Ia berlaku di mana-mana, tetapi tiada siapa yang bercakap. Saya tahu masih ada orang yang menderita, mereka hanya diam saja," katanya.

Sukar untuk dipercayai wanita yang percaya diri dan senyuman tidak lekang ini hampir tidak memandang mata orang lain ketika berbicara sepanjang 12 tahun perkahwinannya.

'Saya berasa malu'

"Inilah cara kita dibesarkan," kata Linda.

"Wanita, tidak kira berapa tinggi mereka belajar, mesti kembali ke dapur.

"Benda yang sama diperkatakan - patuhi suami kamu, walaupun dia salah. Oh tuhan, saya tidak akan kahwin lagi. Cukuplah dengan dua anak kecil ini dalam hidup saya." 

Bekas suaminya dulu - seorang warga Pakistan memaksanya meminta wang pendahuluan daripada syarikat, dua atau tiga ratus ringgit setiap kali.

Walaupun memberi alasan tidak mempunyai cukup duit untuk membeli makanan, suaminya tetap akan menghabiskan wang.

"Selalunya seperti itulah. Saya bosan, tetapi saya masih diam, saya tidak tahu mengapa. Saya berasa malu," katanya.

Kawan-kawan menasihatinya untuk taat kerana lelaki itu adalah suaminya. Itulah maklum balas yang selalu diterima Linda.

Linda bekerja di sebuah syarikat pembinaan di Brunei selama 10 tahun, bermula sebagai penganalisis data.

Dia bertemu dengan suaminya setelah kembali ke Malaysia, sebelum mereka jatuh cinta dan kemudian berkahwin.

[Baca berita penuh]

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS