Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kit Siang kena kanser
Diterbitkan:  Dec 27, 2017 3:11 PM
Dikemaskini: 7:24 AM

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang disahkan menghidap kanser tahap pertama.

Bagaimanapun, kata Setiausaha Agung DAP Guan Eng yang juga anaknya, doktor berjaya membuang tumor kecil pada buah pinggangnya dan beliau dijangka pulih tanpa sebarang komplikasi.

“Doktor juga menjangkakan beliau pulih sepenuhnya.

“Sdr Lim (Kit Siang) sedang beransur sembuh daripada pembedahan dan telah mula bersiar meregangkan kaki,” katanya.

Guan Eng juga berkata, sepanjang tempoh pemulihan, urusan kawasan di Gelang Patah akan dikendalikan wakil khasnya Ng Siam Luang dan pejabat parlimen DAP Gelang Patah.

Pengerusi DAP Johor merangkap anggota parlimen Kluang Sdr Liew Chin Tong akan membantu menyelia kerja-kerja kawasan sepanjang ketiadaan Kit Siang.

“Pihak keluarga mengucapkan penghargaan kepada semua pihak dan amat berterima kasih sekiranya Sdr Lim (Kit Siang) diberi ruang waktu untuk sembuh dan pulih, agar beliau dapat kembali beraksi secepat mungkin,” katanya.

Lihat Komen
ADS