Petrol turun lagi 1sen
Mulai tengah malam ini harga petrol akan turun manakala pengguna diesel perlu berbelanja lebih berbanding sekarang.
Menurut pengumuman Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, harga runcit RON95 dan RON97 akan turut 1sen mulai 28 Dis.
Penurunan itu menjadikan harga petrol terbabit masing-masing RM2.26 dan RM2.53 bagi setiap liter.
Untuk diesel pula harga baru runcit ialah RM2.26 seliter, iaitu meningkat 3sen.
Penetapan harga petrol dan diesel dibuat secara mingguan mulai 30 Mac lalu.
Harga petrol dan diesel naik 2sen dan 3sen mulai 21 Dis lalu selepas mengalami kejatuhan sedikit selama dua minggu.
Sistem harga minyak mingguan ditentukan berdasarkan harga minyak Mean of Platts Singapore (MOPS) dan kekuatan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

