Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
K'jaan harus ambil langkah berani tangani isu rumah
Diterbitkan:  Dec 28, 2017 6:20 AM
Dikemaskini: Dec 28, 2017 2:57 AM

Bina Darulaman Berhad (BDB) meminta kerajaan mengambil langkah berani untuk menangani isu perumahan mampu milik di Malaysia.

Pengarah urusan kumpulan BDB Datuk Izham Yusoff berkata negara boleh mencontohi bagaimana Singapura menangani masalah perumahan mampu milik melalui Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

“Isu perumahan ini besar, bukan sahaja di Kedah, tetapi di seluruh negara. Perumahan mampu milik sentiasa menjadi isu,” kata beliau ketika berucap di BDB Media Night KL di ibunegara semalam.

HDB yang ditubuhkan pada 1 Februari 1960, ialah lembaga berkanun Kementerian Pembangunan Negara Singapura yang bertanggungjawab bagi perumahan awam di republik itu.

Izham berkata BDB sebagai pemaju yang berpusat di Kedah, cuba membantu untuk mengurangkan kos hartanahnya melalui penggunaan teknologi Sistem Bangunan Berindustri (IBS).

Kira-kira 150 pengamal media diraikan pada majlis itu yang bertemakan hitam dan putih.

Pengamal media juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik melalui cabutan bertuah dan menikmati persembahan secara langsung oleh artis tempatan, Wany Hasrita.

- Bernama

Lihat Komen
ADS