10 berita terhangat 2017 – pilihan pembaca Malaysiakini
Seperti biasa Malaysiakini sekali lagi menyerahkan kepada para pembacanya untuk memutuskan apa yang mereka fikirkan berita paling penting pada tahun 2017.
Sejumlah 1,614 pembaca mengundi memilih berita terhangat tahun ini, yang berlangsung selama tujuh hari.
Mereka mengundi dengan memasukkan skor pada setiap 19 berita yang dipilih oleh Malaysiakini - dari 0 (terendah) hingga 10 (tertinggi).
Berita No 1 tahun 2017, ya, sekali lagi, saman sivil oleh Jabatan Kehakiman AS (DOJ) - ini melibatkan pemfailan terbaru mahkamah oleh DOJ untuk merampas aset yang didakwa berkaitan dengan dakwaan menyelewengan di 1MDB.
Dalam tindakan undang-undang terbarunya, DOJ meletakkan angka yang didakwa telah disalahgunakan pada AS$4.5 bilion dan berusaha untuk menyita AS$700 juta, selain daripada AS$1 bilion yang dinyatakannya pada tahun lalu, dalam aset yang didakwa diperolehi menggunakan dana yang didakwa "dicuri" dari 1MDB.
DOJ menyediakan senarai aset-aset tambahan yang mahu disitanya - antara lain, kapal layar mewah, berlian bernilai jutaan dolar dan karya seni.
Ini adalah tahun ketiga berturut-turut skandal yang dikaitkan dengan 1MDB merangkul tempat No 1. Tahun lepas, ia adalah berita mengenai pemfailan mahkamah pertama DOJ, dan pada 2015, beritanya adalah mengenai RM2.6 bilion yang ditemui dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak.
Di tempat kedua ialah berita tentang kenaikan mendadak kos sara hidup, sebahagiannya didorong oleh cukai barangan dan perkhidmatan serta penurunan nilai ringgit. Sekali lagi, ini merupakan pengulangan keputusan pengundian dua tahun yang lalu - berita mengenai nilai ringgit merudum, menduduki tempat No 2 pada 2015 dan 2016.
No 3 adalah berita mengenai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi pemimpin de facto pembangkang apabila partinya BERSATU menyertai Pakatan Harapan.
Berita lain dalam senarai 10 teratas termasuk peningkatan pelaburan China, kebakaran sekolah Tahfiz yang mengorbankan 23 orang, dan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara.
Berikut adalah senarai 10 berita teratas pilihan pembaca Malaysiakini.
13,676 undi
Saman kedua Jabatan Kehakiman AS terhadap 1MDB – cerita mengenai berlian, kapal layar mewah dan supermodel.
12,875 undi
Kenakan harga barang, petrol, GST dan kejatuhan nilai ringgit, golongan artis menyatakan kebimbangan tentang kenaikan kos sara hidup.
12,813 undi
BERSATU menyertai Pakatan Harapan (HARAPAN), bekas PM Dr Mahathir Mohamad menjadi pemimpin de facto pembangkang, HARAPAN menunggu kelulusan pendaftaran.
11,039 undi
Pelaburan China terutama Rangkaian Kereta Api Pantai Timur (ECRL), kemungkinan MRT3 dan HSR; Proton dijual kepada syarikat Geely dari China.
10,768 undi
Mahkamah memutuskan Najib bukan penjawat awam menyebabkan saman salah laku dikemukakan Dr Mahathir ditolak.
10,486 undi
Kebakaran sekolah tahfiz mengorbankan 23 orang termasuk 21 pelajar.
10,448 undi
Kim Jong-nam dibunuh di KLIA2.
10,407 undi
Skandal rasuah MB Johor, bloger Milosuam ditahan kerana dituduh membocorkan kenyataan saksi SPRM.
10,366 undi
Kedai dobi mesra Muslim di Johor, larangan bertudung untuk kakitangan khidmat pelanggan hotel, festival bir dibatalkan.
10,182 undi
SPRM menyiasat skandal 'Watergate' Sabah, Presiden WARISAN Mohd Shafie Apdal ditahan, siasatan polis terhadap skandal Baligate ketua SPRM.
Berita lain yang turut mendapat perhatian:
10,157 undi
Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan "lanun Bugis" menyebabkan hubungan keruh dengan pihak istana. Dr Mahathir memulangkan pingat kebesaran diterimanya.
10,134 undi
Ribut, angin kencang dan hujan terlebat dalam sejarah menyebabkan banjir besar di Pulau Pinang.
9,774 undi
Misteri kehilangan Pastor Raymond Koh dan empat yang lain, siasatan Suhakam.
9,719 undi
Kecurian data terbesar dalam sejarah Malaysia, jutaan data peribadi orang ramai ditawarkan untuk dijual.
9,208 undi
Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai skandal forex, Anwar Ibrahim dan Nor Mohamed Yakcop dikaitkan.
9,120 undi
Khidmat Ketua Hakim Negara Md Raus Sharif dilanjutkan melebihi had umur 66 tahun enam bulan.
8,993 undi
Raja-raja Melayu bersuara dan membawa pengaruh sejumlah isu panas.
8,229 undi
PM Datuk Seri Najib Razak melawat Washington dan bertemu Presiden Donald Trump, dan lawatan ke China.
6,078 undi
Adenan Satem meninggal dunia pada tahun ketiga menjadi ketua menteri.

