GLOBAL l  Presiden Korea Selatan Moon Jae-in berkata pada hari Khamis bahawa perjanjian 2015 dengan Jepun mengenai 'comfort women' Korea Selatan adalah tersangat cacat, dan menggesa langkah-langkah susulan untuk menyelesaikan isu itu.

Korea Selatan pada hari Rabu berkata perjanjian 2015 dengan Jepun berhubung 'comfort women' yang terpaksa bekerja di rumah pelacuran tentera Jepun semasa perang, gagal memenuhi keperluan mangsa.

"Perjanjian itu tidak dapat menyelesaikan isu itu," kata Moon, yang menyifatkannya sebagai "perjanjian politik yang tidak mengambil kira mangsa dan orang awam" dan melanggar prinsip umum dalam masyarakat antarabangsa mengenai penyelesaian isu sejarah, kata satu kenyataan Blue House.

Di bawah perjanjian 2015, yang disahkan oleh pendahulu Moon dan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, Jepun memohon maaf kepada mangsa dan menyediakan satu bilion yen (AS$8.8 juta) kepada dana untuk membantu mereka.

Jepun berkata pada hari Rabu bahwa sebarang percubaan oleh Korea Selatan untuk mengkaji semula perjanjian 2015 akan menjadikan hubungan "tidak terurus," dengan Menteri Luar Negeri Jepun, Taro Kono berkata penyelesaian itu te;aj dicapai melalui "rundingan yang sah".

Walaupun timbul isu itu, Moon berjanji pada hari Khamis untuk memulihkan hubungan diplomatik dengan Jepun dan berusaha ke arah "kerjasama berorientasikan masa depan" dengan negara jiran itu.

[Baca berita penuh]

- Reuters