Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Geely bakal pemegang saham tunggal terbesar Volvo AB
Diterbitkan:  Dec 28, 2017 12:04 PM
Dikemaskini: 4:05 AM

Syarikat kereta China Geely, yang mengawal Proton, akan memperoleh 8.2 peratus pegangan dalam Volvo AB, syarikat pengeluaran kenderaan industri milik gergasi automotif Sweden Volvo.

Pengambilalihan ekuiti Volvo AB itu bernilai AS$3.2 bilion (RM13 bilion) akan menjadikannya pemegang saham tunggal terbesar syarikat itu, lapor New York Times.

Ia berlaku ketika kerajaan China secara aktif melarang syarikat-syarikatnya daripada memindahkan wang keluar negara.

“Ini adalah tanda-tanda terbaru bahawa syarikat-syarikat China masih mencari rundingan (perniagaan di luar negara) – dengan syarat mereka selari dengan matlamat strategik kerajaan,” menurut laporan itu.

Pengambilalihan itu secara tidak langsung menjadikan nama Geely lebih gah dengan portfolio yang beragam – daripada penguasaan pasaran yang besar, pengeluar produk premium sehinggalah kenderaan komersial.

Bagaimanapun, jurucakap Volvo AB memberitahu The Wall Street Journal bahawa perbincangan dengan Geely belum pun berlaku dan masih awal untuk membincangkan kemungkinannya.

[Baca berita asal]

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS