GLOBAL I Alpha Centauri, sebuah sistem bintang yang terletak empat tahun cahaya dari bumi telah menarik perhatian NASA untuk melakukan misi penjelajahan sebagaimana dilaporkan Slashgear.com.
Sebuah pusat kaji selidik dimiliki NASA, Jet Propulsion Laboratory (JPL) merancang menghantar pesawat ruang angkasa bagi menjelajah sistem bintang berkenaan, meskipun akan mengambil masa puluhan tahun.
Penjelajahan ini sekiranya benar-benar menjadi kenyataan akan berlangsung pada ulang tahun ke-100 misi Apollo II pada 2069.
Menurut New Scientist, projek ini masih belum diberikan nama dan perancangannya masih di tahap awal.
Teknologi untuk membawa pesawat ruang angkasa ke Alpha Centauri juga masih belum ada dan memerlukan banyak usaha ke arah itu.
Projek ini dibentangkan pada persidangan American Geophysical Union pada 2017 yang diadakan awal bulan ini di New Orleans oleh Anthony Freeman dari JPL.
Projek ini juga akan melibatkan kajian terhadap sistem planet luar suria- Proxima b secara khusus, dalam mencari tanda-tanda hidupan di luar planet bumi.
NASA kini diberikan tugas membangunkan teknologi yang dapat bergerak 1 persepuluh daripada kecepatan cahaya, yang bermakna akan memakan masa sekitar 44 tahun untuk pesawat itu sampai ke destinasi.
Sekiranya pesawat ruang angkasa itu tidak mengalami masalah, ia dijangka akan sampai ke Alpha Centauri pada 2100.
