Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mimbar: Umat Islam harus kukuh setia kawan
Diterbitkan:  Dec 29, 2017 2:01 PM
Dikemaskini: 6:05 AM

Di ambang 2018 ini, mimbar Jumaat menyeru agar seluruh umat Islam berganding bahu memperkukuhkan hubungan setia kawan sesama manusia dan saling bantu-membantu.

Mimbar berkata, Islam menegaskan bahawa elemen sokongan satu sama lain dalam aspek pengurusan dapat memberi impak positif yang maksimum, terutamanya dalam urusan yang rumit dan kompleks umat Islam setiap hari.

"Menjelang kehadiran 2018 ini, mimbar menyeru sidang jemaah sekalian, marilah kita bersama-sama memperkukuhkan hubungan setia kawan sesama kita dengan saling bantu membantu.

"Sesungguhnya umat yang berdiri dalam satu barisan yang padu sukar ditembusi faktor pemecah-belah," kata teks khutbah disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertajuk “Kemakmuran Ekonomi Kesejahteraan Rakyat”.

Mimbar berkata lagi, atas rasa ketakwaan dan kasih sesama manusia pula, umat Islam diseru menunaikan hak hartanya.

"Di penghujung tahun ini marilah kita tunaikan hak harta kita menerusi kewajipan berzakat, budaya menginfaq dan sebagainya.

"Sesungguhnya amalan mulia ini mampu meningkatkan kesejahteraan dan keharmonian hidup bermasyarakat serta menambah kemakmuran negara," kata mimbar lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS