PAS dakwa Kedah tak bayar RM9 juta khairat kematian
Diterbitkan: Dec 29, 2017 9:30 PM | Dikemas kini: Dec 29, 2017 9:31 PM
PAS mendakwa kerajaan Kedah pimpinan BN berhutang hampir RM9 juta kepada seramai 32,811 waris si mati melalui khairat kematian yang dijanjikan.
Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah Datuk Siti Ashah Ghazali berkata, jumlah itu boleh diklafikasikan sebagai hutang kerajaan, lapor akhbar web rasmi parti itu Harakahdaily.
"Polisi ini dibuat kerajaan Kedah sekarang di mana setiap kematian di Kedah akan dibayar khairat sebanyak RM250 tanpa mengira latar belakang.
“Daripada jumlah kematian di Kedah semenjak 2014 hingga Julai lepas iaitu 40,208 kes kematian hanya sebanyak 7,397 kes yang dibayar khairat kematian,” beliau dipetik sebagai berkata.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi kerajaan negeri dan BN Kedah susulan dakwaan itu.

