Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MITI: Lapan kilang MNC tutup kedai
Diterbitkan:  Dec 30, 2017 9:30 AM
Dikemaskini: 1:02 AM

Kerajaan mengesahkan lapan syarikat multinasional (MNC) telah menutup kilang mereka di Malaysia.

Lapan syarikat itu ialah Rubicon Technology Inc, Seagate Technology PLC, British American Tobacco (BAT), Samsung, Amphenol Corp, Fairchild Semiconductor International Inc, STR Holdings Inc dan SunEdison Semiconductor Ltd.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mendedahkan hal ini dalam jawapan bertulis parlimen kepada anggota parlimen Ranau Datuk Ewon Ebin yang meminta pengesahan terhadap laporan beberapa MNC telah menutup operasi mereka di Malaysia.

Kementerian itu berkata tiga syarikat yang disebut Ewon (gambar, bawah, kanan) iaitu Japan Tobacco International (JTI), Suzuki Motor Corporation dan Western Digital masih memiliki kilang yang beroperasi di negara ini tetapi syarikat tersebut telah distruktur semula.

Sayap perniagaan komponen kereta Suzuki telah menutup operasi peruncitannya di Malaysia tahun lalu. Buat masa ini, tiada pengedar rasmi kenderaan Suzuki di Malaysia.

Kementerian berkata penutupan lapan kilang itu melibatkan terlepas pelaburan FDI sebanyak RM5.4 bilion dan kehilangan pekerjaan kepada 6,412 orang.

Menurutnya, antara sebab penutupan operasi berpunca daripada pasaran yang lemah kerana teknologi (baru) yang menimbulkan gangguan, pengambilalihan oleh syarikat lain dan penstrukturan semula bagi memastikan persaingan antarabangsa.

Bagaimanapun, MITI berkata terdapat hikmah disebalik perkara ini kerana 2016 menyaksikan hampir 5,000 projek baru melibatkan pelaburan FDI sebanyak RM207.9 bilion.

Pelaburan itu, tambahnya, akan mewujudkan 153,060 peluang pekerjaan baru.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS