Berita Malaysiakini

MITI: FDI Kelantan tercorot, Pulau Pinang teratas

Diterbitkan  |  Dikemaskini

Kelantan dan Perlis merupakan negeri tanpa pelaburan langsung asing dalam sektor pembuatan dalam tempoh separuh pertama tahun ini, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Bagaimanapun, rekod MITI menunjukkan Perlis mendapat RM525 juta pelaburan dari sumber dalam negeri, sementara Kelantan hanya menarik RM4.2 juta dalam tempoh yang sama.

Ini meletakkan Kelantan tercorot di antara semua negeri, dengan pengecualian Wilayah Persekutuan, bagi jumlah pelaburan yang diiktiraf MITI untuk separuh pertama tahun ini.

Berdasarkan rekod MITI, jumlah pelaburan asing dan dalam negeri di Kelantan ketika tempoh itu adalah sebanyak lima kali ganda kurang dari Sabah, yang menduduki tangga kedua tercorot dalam senarai tersebut.

Menduduki tangga teratas ialah Pulau Pinang dengan pelaburan yang diluluskan MITI berjumlah RM7.7 bilion, yang mana pelaburan dari luar negara sebanyak RM6.2 bilion.

FDI untuk Pulau Pinang dalam tempoh itu tidak seimbang dengan negeri-negeri lain. [Baca berita penuh]