Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
AMANAH Perak: Nizar mungkin tukar DUN pada PRU14

Terdapat kemungkinan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang juga ADUN Changkat Jering akan bertukar kawasan bertanding Dewan Undangan Negeri dalam pilihan raya akan datang.

Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak Asmuni Alwi memberitahu Malaysiakini terdapat cadangan untuk menukar Nizar dari kawasan luar bandar ke kawasan yang lebih hampir dengan ibu negeri Ipoh.

"Ia belum sah tetapi ada kebarangkalian," kata Asmuni.

Secara khususnya, AMANAH sedang menyasarkan untuk meletakkan Nizar bertanding di Sungai Rapat, sebuah kawasan DUN di bawah parlimen Gopeng yang dilihat lebih sebagai kerusi bandar.

Kerja-kerja akar umbi

Dua lagi kerusi DUN di parlimen Gopeng iaitu Simpang Pulai dan Teja merupakan kubu kuat PKR serta mungkin dapat memberi bantuan sumber ke Sungai Rapat.

Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) memberitahu Malaysiakini bahawa Nizar yang timbalan pengerusi AMANAH negeri itu telah menjalankan kerja-kerja akar umbi di Sungai Rapat.

AMANAH menjangkakan mendapat sokongan di Sungai Rapat walaupun ia merupakan kerusi PAS sekarang.

Anggota parlimen di situ maklum akan kegiatan Nizar.

"Nizar sangat rapat dengan akar umbi. Saya lihat beliau mendapat sokongan AMANAH Gopeng," kata anggota parlimen Gopeng dari PKR Dr Lee Boon Chye (gambar, bawah, kanan).

Bagaimanapun ketika dihubungi, Nizar enggan menghebohkan kegiatan beliau di kawasan DUN tersebut.

"Kebetulan saya menetap di Sungai Rapat, bila-bila saya ke pasar untuk makan malam, mereka nampak saya di situ.

"Saya anggota AMANAH di Sungai Rapat, Gopeng. Bila-bila ada program parti, saya perlu hadir di kawasan itu," kata beliau.

Nizar juga enggan mengesahkan atau menafikan yang beliau akan berpindah ke DUn Sungai Rapat berkata keputusan terserah kepada AMANAH.

"Bergantung keputusan parti. Saya lebih sukakan Changkat Jering kerana telah berkhidmat di sana hampir lima tahun," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS